8 SEBAB AIR ALKALI


Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.


Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

 Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.

Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:

1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan

Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.

2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan

Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.

4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali

Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

5. Penawar kepada masalah kesihatan

Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.

6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul

Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.

7. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.

8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan

Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.


Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.